Warung Bebas

Kamis, 31 Januari 2013

Sebab Mengapa Perempuan Suka Menangis

Assalamualaikum..
Salam blogger kepada semua...
hari ni iz nak kongsi sikit...


Mengapa wanita mudah menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi kami PakarCinta untuk kami rungkaikan. Mari kita lihat..


Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.


Antara punca wanita menangis:


1.Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)

2.Mengurangkan stress.

3.Tanda keinsafan/penyesalan.

4.Sebagai ugutan emosi.





Mari kita renungkan bait-bait ayat ini..

ketika wanita menangis,

bukan kerana dia ingin terlihat lemah,

melainkan kerana dia tak sanggup berpura-pura kuat.

ketika wanita menangis,

bukan bererti dia ingin mencari perhatian,

melainkan kerana apa yang dia perhatikan telah mengabaikannya.

ketika wanita menangis,

bukan bererti dia mengharapkan belas kasihan,

melainkan kerana dia sedang megasihani diri sendiri.

Hargailah titisan air mata seorang wanita terutamanya yang bergelar Si IBU..


Senin, 21 Januari 2013

Boleh saya berzina ??


Assalamualaikum...
Salam blogger dan Salam 1 Malaysia...
harini Iz ada nak Kongsika satu cerita yang best...
so Korang renung-renugkan lah k :)
Iz  suggest semua yg singgah sini utk baca. 
sekejap je ok ! 
coz cerita ni memang luar biasa ^_^
cerita nie Iz Amik dekat blog...
eeerr...
kawan Iz nama dia Nyna
hmmmm..korang lyn la story nie ka..
coz bnyak benda yang kita boleh belajo dari kisah ni
 
Alkisah..

Dalam satu kawasan perumahan di pinggir bandar.., ada satu pasangan kekasih ni nak keluar. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya, maka berlakulah dialog berikut.. --

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap.

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu. 

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka. 

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna : ?? 

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan
ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat. 


Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis. 

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah..bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah- merahan menahan amarah. 

Teruna : Boleh saya sambung lagi..? Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah- megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri.
Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali. 

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu. 

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamunak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan dah berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32).
Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan.
Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. 

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal. 


Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau
orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak- anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik.Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. 

Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya. 

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah.. Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej. 
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )” “Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”
*Did you get it? best kan.. ^^ Alhamdulillah.

Jumat, 18 Januari 2013

Difference between fresh love and old love

Assalamualaikum
Iz nak kongsi something nan korang nie :D
so korang baca n pikir2 kan la :D

korang pasangan yang sedang bercinta? dah berapa lama bercinta? jom kita tengok perbezaan antara orang baru bercinta dengan orang yang dah lama bercinta

TIME BARU BERCINTA

OTP 26hours. (Tak rasa erti jemu)

TIME DAH LAMA BERCINTA

OTP 26seconds. (dengar suara baru bunyi "A" dah nak termuntah). Kalau boleh dalam hati tak nak pasangan call. Alasan : mengantuk, tak larat, letih, dll

TIME BARU BERCINTA

Mesej setiap ketika (kalau lambat balas mesej lagi satu mesej tanya kenapa lambat balas takpun missed call).

TIME DAH LAMA BERCINTA

Mesej balas 24jam sekali. Kalau boleh tak nak balas mesej. Rimas rasanya.

TIME BARU BERCINTA

Tengah lepak dengan kawan pun takpe mesej/ texting.

TIME DAH LAMA BERCINTA

"tak boleh la call..nanti member I cakap apa pula"

DAN BANYAK LAGI!

malas nak cakap nanti aku jadi beremosi!!!!!dulu semua sanggup semua TAK APA sekarang??? semua penuh alasan....tak menyesal tapi tahu kau dah bosan!!!!

Sumber:

Senin, 07 Januari 2013

IBU BUTA YANG MEMALUKANKU (Kisah Sedih Yang Mengharukan)


Saat aku beranjak dewasa, aku mulai mengenal sedikit kehidupan yang menyenangkan, merasakan kebahagiaan memiliki wajah yang tampan, kebahagiaan memiliki banyak pengagum di sekolah, kebahagiaan karena kepintaranku yang dibanggakan banyak guru. Itulah aku, tapi satu yang harus aku tutupi, aku malu mempunyai seorang ibu yang Buta! Matanya tidak ada satu. Aku sangat malu, benar-benar 

Aku sangat menginginkan kesempurnaan terletak padaku, tak ada satupun yang cacat dalam hidupku juga dalam keluargaku. Saat itu ayah yang menjadi tulang punggung kami sudah dipanggil terlebih dahulu oleh yang Maha Kuasa. Tinggallah aku anak semata wayang yang seharusnya menjadi tulang punggung pengganti ayah. Tapi semua itu tak kuhiraukan. Aku hanya mementingkan kebutuhan dan keperluanku saja. Sedang ibu bekerja membuat makanan untuk para karyawan di sebuah rumah jahit sederhana.

Pada suatu saat ibu datang ke sekolah untuk menjenguk keadaanku. Karena sudah beberapa hari aku tak pulang ke rumah dan tidak tidur di rumah. Karena rumah kumuh itu membuatku muak, membuatku kesempurnaan yang kumiliki manjadi cacat. Akan kuperoleh apapun untuk menggapai sebuah kesempurnaan itu.

Tepat di saat istirahat, Kulihat sosok wanita tua di pintu sekolah. Bajunya pun bersahaja rapih dan sopan. Itulah ibu ku yang mempunyai mata satu. Dan yang selalu membuat aku malu dan yang lebih memalukan lagi Ibu memanggilku. “Mau ngapain ibu ke sini? Ibu datang hanya untuk mempermalukan aku!” Bentakkan dariku membuat diri ibuku segera bergegas pergi. Dan itulah memang yang kuharapkan. Ibu pun
bergegas keluar dari sekolahku. Karena kehadiranya itu aku benar-benar malu, sangat malu. Sampai beberapa temanku berkata dan menanyakan. “Hai, itu ibumu ya???, Ibumu matanya satu ya?” yang menjadikanku bagai disambar petir mendapat pertanyaan seperti itu.

Beberapa bulan kemudian aku lulus sekolah dan mendapat beasiswa di sebuah sekolah di luar negeri. Aku mendapatkan beasiswa yang ku incar dan kukejar agar aku bisa segera meninggalkan rumah kumuhku dan terutama meninggalkan ibuku yang membuatku malu. Ternyata aku berhasil mendapatkannya. Dengan bangga kubusungkan dada dan aku berangkat pergi tanpa memberi tahu Ibu karena bagiku itu tidak perlu. Aku hidup untuk diriku sendiri. Persetan dengan Ibuku. Seorang yang selalu mnghalangi kemajuanku.

Di Selolah itu, aku menjadi mahasiswa terpopuler karena kepintaran dan ketampananku. Aku telah sukses dan kemudian aku menikah dengan seorang gadis Indonesia dan menetap di Singapura.

Singkat cerita aku menjadi seorang yang sukses, sangat sukses. Tempat tinggalku sangat mewah, aku mempunyai seorang anak laki-laki berusia tiga tahun dan aku sangat menyayanginya. Bahkan aku rela mempertaruhkan nyawaku untuk putraku itu.

10 tahun aku menetap di Singapura, belajar dan membina rumah tangga dengan harmonis dan sama sekali aku tak pernah memikirkan nasib ibuku. Sedikit pun aku tak rindu padanya, aku tak mencemaskannya. Aku BAHAGIA dengan kehidupan ku sekarang.

Tapi pada suatu hari kehidupanku yang sempurna tersebut terusik, saat putraku sedang asyik bermain di depan pintu. Tiba-tiba datang seorang wanita tua renta dan sedikit kumuh menghampirinya. Dan kulihat dia adalah Ibuku, Ibuku datang ke Singapura. Entah untuk apa dan dari mana dia memperoleh ongkosnya. Dia datang menemuiku.

Seketika saja Ibuku ku usir. Dengan enteng aku mengatakan: “HEY, PERGILAH KAU PENGEMIS. KAU MEMBUAT ANAKKU TAKUT!” Dan tanpa membalas perkataan kasarku, Ibu lalu tersenyum, “MAAF, SAYA SALAH ALAMAT”

Tanpa merasa besalah, aku masuk ke dalam rumah.

Beberapa bulan kemudian datanglah sepucuk surat undangan reuni dari sekolah SMA ku. Aku pun datang untuk menghadirinya dan beralasan pada istriku bahwa aku akan dinas ke luar negeri.

Singkat cerita, tibalah aku di kota kelahiranku. Tak lama hanya ingin menghadiri pesta reuni dan sedikit menyombongkan diri yang sudah sukses ini. Berhasil aku membuat seluruh teman-temanku kagum pada diriku yang sekarang ini.

Selesai Reuni entah megapa aku ingin melihat keadaan rumahku sebelum pulang ke Sigapore. Tak tau perasaan apa yang membuatku melangkah untuk melihat rumah kumuh dan wanita tua itu. Sesampainya di depan rumah itu, tak ada perasaan sedih atau bersalah padaku, bahkan aku sendiri sebenarnya jijik melihatnya. Dengan rasa tidak berdosa, aku memasuki rumah itu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Ku lihat rumah ini begitu berantakan. Aku tak menemukan sosok wanita tua di dalam rumah itu, entahlah dia ke mana, tapi justru aku merasa lega tak bertemu dengannya.

Bergegas aku keluar dan bertemu dengan salah satu tetangga rumahku. “Akhirnya kau datang juga. Ibu mu telah meninggal dunia seminggu yang lalu”

“OH…”

Hanya perkataan itu yang bisa keluar dari mulutku. Sedikit pun tak ada rasa sedih di hatiku yang kurasakan saat mendengar ibuku telah meninggal. “Ini, sebelum meninggal, Ibumu memberikan surat ini untukmu”

Setelah menyerahkan surat ia segera bergegas pergi. Ku buka lembar surat yang sudah kucal itu.

Untuk anakku yang sangat Aku cintai,
Anakku yang kucintai aku tahu kau sangat membenciku. Tapi Ibu senang sekali waktu mendengar kabar bahwa akan ada reuni disekolahmu.
Aku berharap agar aku bisa melihatmu sekali lagi. karena aku yakin kau akan datang ke acara Reuni tersebut. 
Sejujurnya ibu sangat merindukanmu, teramat dalam sehingga setiap malam Aku hanya bisa menangis sambil memandangi fotomu satu-satunya yang ibu punya.Ibu tak pernah lupa untuk mendoakan kebahagiaanmu, agar kau bisa sukses dan melihat dunia luas.
Asal kau tau saja anakku tersayang, sejujurnya mata yang kau pakai untuk melihat dunia luas itu salah satunya adalah mataku yang selalu membuatmu malu.
Mataku yang kuberikan padamu waktu kau kecil. Waktu itu kau dan Ayah mu mengalami kecelakaan yang hebat, tetapi Ayahmu meninggal, sedangkan mata kananmu mengalami kebutaan. Aku tak tega anak tersayangku ini hidup dan tumbuh dengan mata yang cacat maka aku berikan satu mataku ini untukmu.
Sekarang aku bangga padamu karena kau bisa meraih apa yang kau inginkan dan cita-citakan.
Dan akupun sangat bahagia bisa melihat dunia luas dengan mataku yang aku berikan untukmu.
Saat aku menulis surat ini, aku masih berharap bisa melihatmu untuk yang terakhir kalinya, Tapi aku rasa itu tidak mungkin, karena aku yakin maut sudah di depan mataku.
Peluk cium dari Ibumu tercinta

Bak petir di siang bolong yang menghantam seluruh saraf-sarafku, Aku terdiam! Baru kusadari bahwa yang membuatku malu sebenarnya bukan ibuku, tetapi diriku sendiri.... 

Adm : Muhammad Aldyansyah JR

Jumat, 04 Januari 2013

Airmata Seorang "Playboy" (Real Story)


Assalamualaikum...
Salam blogger and Salam 1 Malaysia..
Lamanya tak update blog nie...
huhuhu...
ok No Iz kembali dengan KISAH BENAR..
kisah yang terjadi dekat kawan Iz..
ntah macam mana dia post dekat Fb Iz..
so apalagi Iz pon post la kat sini...

nama aku mail(bukan nama sebenar).
aku seorang yang nakal dan seorang yang beperwatakan kebudak-budakan..
Dan aku mudah rapat dengan perempuan..
jadi kerapatan aku dengan perempuan membuatkan aku selalu ditafsirkan sebagai seorang "playboy"..
sewaktu di bangku persekolahan aku sering di gossip2kan dengan perempuan2 yang "hot" di sekolahku..
mungkin hal ini disebabkan oleh perwatakan aku yang ceria dan selalu mendengar atau menjadi "bahu" kepada perempuan2 untuk meluahkan segala masalah samaada berkenaan perasaan dan emosi mereka..
disebabkan itu juga boleh dikatakan hampir setiap minggu aku bertukar pasangan kekasih...

kisah ini bermula ketika aku berada di tingkatan 6..
ketika itu sekolah aku diminta untuk menghantar beberapa orang pelajar tingkatan 6 untuk menghadiri kem rakan muda yang dianjurkan oleh majlis belia daerah ditempat aku..

kali pertama aku menjejakkan kaki aku di kompleks belia tersebut aku dan rakan-rakan aku mula menunjukkan sikap kami yang seakan-akan kebudak-budakan..
walaupon kami antara peserta yang paling tua di kem tersebut..
dan kebanyakan mereka merasakan kami ini sebaya dengan mereka..
kem tersebut di sertai oleh pelbagai sekolah daripada seluruh pelusuk negeri pulau pinang..
ketika berada di sana aku dilantik untuk menjadi sebagai penghulu kem tersebut disebabkan oleh rakan-rakan aku yang sengaja ingin memalukan aku..

ketika berada di kem tersebut pelbagai aktiviti dijalankan untuk menguji fizikal dan mental peserta kem tersebut...
semasa menjalankan satu aktiviti yang diberi nama Explorace
Tiba-tiba mata aku terpandang seorang perempuan yang membuatkan jantung aku berdegup kencang..
aku pun tidak tahu kenapa jantung aku tetiba ja jadi begitu..
lirik matanya yang ayu membuatkan aku terpikat kepadanya..
tetapi aku cuba memujuk hatiku dengan menyatakan "budak nie cun mesti dia dah ada balak punya"..

tanpa diduga aku dipasangkan bersama dia dalam satu aktiviti iaitu "Chiken Dance"..
korang mesti tahukan??
tapi kali ini menari alan 70'an
disitulah bermulanya sesi perkenalan antara aku dan dia..
nama dia ila(bukan nama sebenar)..umur dia muda 2 tahun daripada aku..
tanpa diuga aku diberitau oleh dia bahawa dia baru sahaja putus dengan kekasihnya..
hatiku tetiba berasa sedikit gembira apabila mengetahui yang dia pon masih solo seperti aku..
kebetulan pula waktu itu aku ingin mencari pasangan kekasih yang baru setelah aku dikecewakan oleh bekas teman wanitaku yang curang denganku..

disebabkan aktiviti itu,kami mula rapat sehingga aku mula jatuh hati pada dia...
dia pon memberikan repond yg baik...
hehehe...
apa saja aktiviti dia pasti akan mencari aku untuk berpasagan dengan dia...

kami semakin rapat sehingga rakan rakan aku mulai syak akan keintiman kami...
rakan baik aku iaitu Mat-Yo (bukan nama sebenar) telah mencabar aku....
agar aku mengambilnya sebagai kekasih aku...
lagi pon aku sudah lama berkenan dekat dia...
mungkin ini peluag aku untuk memulakan...
hahaha...
aku ingat sekdar untuk main-main...
maklumlah Play-Boy la katakan hehehe

Masa hari terakhir Kem tersebut..
kami bertukar-tukar number talipon...
biasalah sudah menjadi kewajipabkan...
hhehehehe...
tak ku sangka-sangka yang bas yang sepatutnya dinaikan oleh sekolah dia telah rosak...
jadi mereka terpaksa menumpang bas yang membawa sekolah aku...
jadi ini lah peluang aku untuk mendekati dia...
mulanya aku mencari tempat duduk sebelah dia tetapi gagal kerana rakan ku tidak mahu menukar tempat...
tetapi nasib la rakan baik si Ila nie paham...
dia memberikan tepatnya untuk aku duduk...
asalnya aku sekadar sembang-sembang sahaja...

tiba-tiba aku menyatakan bahawa kami mempunyai chemistry...
dan patut ada hubungan..
dia pon terus setuju...
aku ingatkan perkara ini hanya main-main...
tetapi dia mengaggap ini sebagai serius...
aku apa lagi mula la cucuk jarum...
mulakan ayat lembut aku sebagai play boy...
hehehe...

sembang punya sembang bas yg dinaiki oleh kmi telah sampai ke sekolah dia...
semasa hendak turun dia memberikan aku satu flying kiss...
purghhhh!!!
berdegup-degup jantung aku,..
sampai terdiam aku.
nak mesej masa tu bateri handphone habes plak...
tak pa aku tunggu sampai ke rumah,,,,
yela jarak antara sekolah aku dengan dia tak sampai 1/2 jam pon..

asalnya aku menuggu mesej dari dia...
tapi ntah macam mana aku xboleh tahan sangat aku terus call...
tiba-tiba aku dengar sora seorang lelaki angkat...
aku terus terkelu dan terdiam...
dan lelaki tersebut teru berkata...
"ila tengah mandi satg talipon balik k.."
perasaan aku masa tu agak berkecai la...
yela call orang lain plak yang angkat...
huhuhuhu...
dah tu lelaki plak tu...
adoyaiii terasa aku plak yang terkena...

10 minit lepas tu dia call aku balik...
"sory la abg tadi ila mandi...ayah cakap abg call tadi...betul ka??"
owh ayah dia rupanya...
hati aku yang keluh kesah nie terasa lega semula...
aku bergayut dengan dia sampai dia habes kredit...
huhuhu...
hampir 1 jam lebih jugak la...
tetiba dia mesej aku...
"tak pa nanti malam ila call abg k..kita buat super saver..."
malam tu aku mula mendalami lagi hati dia...
almaklumlah baru kapel...
mesti nak kenal antara satu sama lainkan...

lepas daripada kem tersebut aku telah ditawarkan untuk melanjutkan peljaran ke KKTM...
so aku pergilah...
rasa berat pon ada nak pergi kerana jauh,,
tak sanggup nak berpisah ngan dia...
tiap kali aku balik ke penang kami pasti akan bertemu...
yela rindukan sapa boleh tahan...
masa tu bg aku dunia nia mcm dah jadi milik aku...
aku sayang sangat dekat Ila...
sejak aku kapel ngan dia aku dah stop jadi play boy..
yela dah timbul rasa sayangkan dia,,
lagi pon bagi aku dia nie perfect la...
yela mula-mula ngat nak main main ja last-last perasaan sayang tu mengatasi segalanya...

ok aku pendekkan cerita kami kapel hampir 4 bulan...
satu malam tiba tiba Ila mesej aku...
dia bagi tahu aku yang Ex dia datang kembali memujuk dia...
memang aku tak sangkalkan kerana hubungan yang mereka bina lebih lama dari aku n Ila,,,
hubungan yang mereka bina sejak Ila di tingkatan 2...
bermakna sudah setahun lebih,,,
jadi aku terpaksa lah merelakan dan aku lepaskan dia secara elok...
tipu la kalau aku cakap aku tak sayang diakan...
huhuhuhu...
coz dia dah banyak ubah hidup aku dalam masa 4 bulan nie...

selepas aku lepaskan dia dia janji akan selalu contact aku...
dan akan kembali dekat aku kalau kami still ada jodoh..
dan aku akan tunggu sampai dia tunaikan janji dia tu
bulan pertama selalu jugak la dia msg aku dan bertanyakan khabar,,,
masok bulan ke-dua mesej dah semakin kurang call jarang sekali...
dan masok bulan ketiga aku yang mula mesej dia dulu...
kalau dia rasa nak balas dia akan balas...
hmmm...

sejak aku berpisah dengan dia aku cuba mencari penganti...
tetapi setiap kali aku mencuba aku gagal :'(
semuanya bagaikan ada yang tak kena...
semua nie kerana aku still ingatkan Ila..

dari tahun 2011 aku menunggu dia sampai sekarang 2013 aku masih menuggu dia...
sumpah aku masih sayangkan dia...
kalau boleh aku nak dia lagi...
kerana dia lah yang merubah hidup aku...
daripada seorang play boy menjadi lelaki normal...
setip kali aku teringatkan dia aku pasti akan pergi ke Mengkuang Dem...
tempat selalu kami berjogging n berdating,,,
dan setip kali kesitu aku pasti akan menagis kerana masih terbayangkan kenangan aku dan dia...
sekarang sudah 2 tahun perkara itu berlalu...

now dia pon dah tamatkan persekolahan...
aku pulak tggal lagi 2 sem ja sebelom aku dapatkan diploma aku...
dan aku juga masih menunggu dia...
hmmm...
aku dah janji yang aku akan tunggu dia...
saban hari dan bulan aku menunggu dia..
sekarang 2013 azam aku still sama menuggu dia pulang ke pangkuan aku :')



Rabu, 12 Desember 2012

12 Tips Mencari Sahabat Sejati

Assalamualaikum...
hye all bloggers and readers...
nie Iz nak kongsi 12 tips mencari sahabat sejati :D




Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

 1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

 2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

 3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

 4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

 5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

 6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

 7. Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

 8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

 9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

 10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

 11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

 12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sahabat Rasulullah, Saidina Ali ada berkata: "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di samping kamu. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatan kamu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan kamu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan kamu."

Ada juga yang berpesan: "Sesiapa yang suka berkawan, tetapi tidak suka melebihkan kawan daripada diri sendiri, maka lebih baik dia berkawan dengan ahli kubur!".

Begitu sekali pesanan dalam memilih kawan. Marilah bersama-sama kita periksa diri masing-masing sama ada layak menjadi sahabat sejati atau hanya layak menjadi kawan kepada ahli kubur.

Siapakah sahabat paling rapat yang pernah kita miliki?

Bagi seorang anak, sahabat yang paling rapat ialah ibu dan bapanya, manakala bagi ibu atau bapa, anak adalah sahabat yang paling akrab dengan mereka.
Bagi seorang isteri, suami adalah sahabatnya dan begitu juga bagi suami, isteri adalah yang sepatutnya menjadi sahabat karib mereka.

Cuma persoalannya di sini, selepas kita mengetahui akan ciri-ciri seorang sahabat dan siapakah sahabat akrab yang kita ada, apakah sudah terlaksana persahabatan itu?

Sudahkah kita menjadi sahabat kepada anak dan kedua ibu bapa kita atau kepada pasangan kita?

Seorang remaja memilih remaja lain sebagai sahabatnya dan seorang bapa pula memilih bapa lain sebagai sahabatnya.
Sebenarnya, bukan kita tidak boleh memilih orang lain untuk menjadi sahabat, tetapi perlulah bijak memilihnya. Jangan tersalah pilih, nanti seperti Tarzan jadinya!

Jika kita adalah remaja, lihatlah dulu dengan siapa kita bersahabat. Sahabat yang baik umpama penjual kasturi yang mana wanginya akan tetap terpercik kepada kita, namun sahabat yang jahat akan memalit kejahatan itu kepada kita. Jadilah insan yang bijak dalam memilih orang yang boleh dijadikan sahabat.

10 tips wanita nak ngorat laki

AsSalamulaikum..
hye all..
lama Iz xupdate blog nie...hohoho..
ok hari nie iz nak kongsi something nan korang...
just simple post






Tips ini khas untuk perempuan cara-cara bagaimana untuk pikat lelaki. Tetapi ianya tips untuk yang belum berpasangan. Yang sudah berpasangan tu, janganlah cuba memikat orang lain kerana akan hancur leburlah hati pasangan anda itu andai dia tahu anda membuat dirinya sedemikian. Ok? Semoga berjaya!


  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri2 utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berperwatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan berlemah lembut.
  8. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  9. Jangan terlalu mengokong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.