Warung Bebas

Jumat, 18 November 2011

6 Perkara Yang Boleh Hancurkan Sesebuah Hubungan


Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia n Salam 1 Blogger..

kepada rakan-rakan yang suka baca Entry aku nie thanks k..
Saat anda menjalinkan hubungan cinta, 
banyaperkara yang boleh mengganggu dan menghancurkan hubungan cinta anda.
Jika tak diatasi segera,ini akan menjadi penyebab hubungan cinta anda terkandas di tengah jalan.


1. Ketidak percayaan
Salah satu hal utama yang boleh membunuh hubungan anda adalah kurangnya kepercayaan. Jika pasangan tak saling percaya, hubungan anda tidak akan berjalan dengan jujur.
Jika anda terus-menerus mengesyaki pasangan anda, atau sebaliknya, hubungan akan berakhir secara perlahan-lahan. Cari dan tahu apa yang menyebabkan rasa tidak percaya di antara anda dan pasangan anda wujud. Berbicaralah dari hati ke hati untuk menyelesaikannya.
2. Stress
Banyak hal yang boleh menyebabkan berlakunya stress dalam hubungan. Dalam hubungan yang penuh stress, perpisahan akan mudah berlaku.
Cari cara untuk mengelakkannya bersama pasangan atau secara sendiri. Bila perlu, minta bantuan daripada rakan atau orang yang boleh anda percayai untuk mengurangkan beban fikiran anda.
3. Menyimpan dendam
Jangan pernah sama sekali menyimpan dendam terhadap pasangan anda. Jika persaan itu wujud antara satu sama lain, pasti anda akan mengalami kesukaran untuk membina masa depan bersama.
Untuk mengatasinya, anda perlu berbincang mengenai alasan anda mengapa menyimpan dendam tersebut. Jika anda memerlukan pihak ketiga untuk membantu anda, lakukanlah.
4. Kurang berkomunikasi
Pasangan jarang berkomunikasi akan sukar memahami apa kehendak antara satu sama lain. Selalulah berkomunikasi dan luahkanlah apa yang anda rasakan kepada pasangan anda. Mulailah dari hal kecil, hingga hal yang memerlukan perhatian penting.
5. Selalu berselisih pendapat
Anda dan pasangan selalu berselisih pendapat hampir dalam segenap hal. Berhati-hatilah kerana pertengkaran besar bermula dari pertengkaran-pertengkaran kecil. Luangkan masa untuk diri sendiri dan berfikir dengan tenang untuk melihat hubungan anda melalui perspektif positif.
6. Bekas kekasih
Bukan bererti anda tidak boleh lagi bersahabat dengan bekas kekasih anda. Namun, lebih baik menjaga jarak anda dengan bekas kekasih agar tidak timbul kecurigaan. Ceritakan pada pasangan anda bahawa anda dan bekas pernah mempunyai hubungan cinta suatu masa lalu.
Beri pengertian pada pasangan, bahawa hubungan anda dengannya telah berakhir.
Ada banyak hal lain yang boleh membunuh hubungan anda, namun tak semuanya dapat diatasi dengan mudah. Komunikasi adalah kunci untuk mengatasinya.

0 komentar em “6 Perkara Yang Boleh Hancurkan Sesebuah Hubungan”

Posting Komentar