Warung Bebas

Selasa, 08 November 2011

Terkilan Akan Perbuatan



Selama 5 tahun,Ina memendam rasa terhadap suaminya..Azam..Bukan kerana Azam bersikap kasar terhadapnya..Azam tidak pernah begitu..bukan kerana Azam menengking dia..Azam tidak pernah begitu..Semuanya kerana baginya,Azam kurang mengambil perhatian terhadapnya..Mungkin kerana kerjaya Azam sebagai seorang arkitek yang memerlukan masa yang banyak serta perhatian yang penuh membuatkan Ina rasa dipinggirkan.


Pernah dua tahun setelah mereka berkahwin,Ina menyiapkan sebuah majlis kecil2lan..hanya mereka berdua sahaja..untuk meraikan ulangtahun mereka bersama..Namun,Azam pulang lewat..teramat lewat..Ina merajuk..Namun,Azam memujuk dan mengatakan perkara ini tidak berlaku lagi.Ina percaya..


Namun,setelah 3 kali,bermakna 3 tahun,Azam masih lagi lupa akan tarikh tersebut.Ina mula merasakan yang Azam tidak menghargainya lagi..Setiap kali dia terkenangkan perkara ini,air matanya akan menitik..Rindunya dia Azam yang dulunya sangat menyayanginya sepenuh hati..


Masih teringat akan pada pertemuan mereka yang pertama,di sebuah taman bunga,ketika itu mereka saling tidak mengenali..ketika itu,dia sedang sedih kerana dia baru sahaja ditinggalkan kekasihnya..Tiba2 datang seorang pemuda menegurnya.


"Sedih?"


Sambil mengesat air matanya,Ina menjawab "Tidaklah..Habuk.."


Lelaki itu tertawa..


"Saya,kalau berasa bersalah yang amat sangat atau terlalu sedih,saya pasti akan datang ke sini"


Dua2nya terdiam..


"Kalau saya jadi lelaki itu,saya pasti akan menghargai wanita cantik seperti kamu" kata Lelaki itu seperti mengetahui punca air mata Ina mengalir..Dan disaat itu,Ina merasakan inilah lelaki yang akan menyayanginya sepenuh hati..


Namun bagi Ina,itu dulu..semasa awal pertemuan..Kini,hendak melihat muka Azam pun sudah menyampah..Dia nekad untuk meminta cerai dengan Azam..Usul ini sudah lama dinyatakan kepada Azam dan menjadi pertikaman lidah antara mereka..Ina terus menerus memaksa Azam untuk menceraikannya atas alasan,Ina tidak lagi menyintai Azam walau hakikatnya,hatinya tidak tahan lagi berasa kesepian begitu..Azam sering tidak menjawab persoalan itu..Apa yang dinyatakan hanyalah mengapa dan tidak perlu..Tidak pernah pula dia menyatakan yang dia amat menyayangi Ina sama seperti dulu..Hakikatnya,itulah jawapan yang hendak didengar dari mulut Azam..


Selepas sekian lama,Ina mengambil keputusan untuk tinggal berasingan dengan Azam..Pada hari Ina hendak berpindah rumah,Ina memberikan sekeping kertas dan pensel kepada Azam dan menyuruh Azam menulis segala keburukan Ina yang dirasakan menjadi punca Azam tidak melayannya seperti dulu dan sebagai balasan,Ina akan menulis segala keburukan Azam yang dilakukannya terhadapnya agar menjadi pengajaran terhadap Azam agar tidak dilakukan terhadap wanita lain jika dia mahu berkahwin lain kelak..Ina sudah nekad hendak bercerai dengannya..


Ini lah peluang bagi Ina meluahkan segala perasaan yang dipendam terhadap Azam..Ditulisnya,


"Kau tidak pernah ambil berat tentang ku!!"


"Kau tidak pernah mahu bertanya akan keadaan ku!!"


"Yang kau pedulikan hanya kerjaya kau..Jantan tak guna!!" dan berbagai kata yang dipendam selama 6 tahun lebih melayari bahtera dengannya..



Setelah siap menulis,dia menyerahkan kertas itu kepada Azam dan begitu juga Azam..Ina tidak mahu membaca lansung kertas yang ditulis Azam dan sebaik sahaja dia terima dia memasukkan ke dalam beg dan tidak pernah dibukanya..Setelah itu,dia pun keluar dari rumah itu...


Dua tahun setelah mereka berpisah,Ina sudah memiliki rumah yang baru..Setahun yang lalu,Azam sudah meninggal dunia kerana kanser..Namun Ina tidak pernah berasa sedih lansung malah berasa gembira kerana baginya tidak ada lagi lelaki yang akan mengganggu hidupnya lagi..Ditambah pula baginya,Azam tidak pernah menghargainya lansung..Semasa di hendak mengemaskan barang2 kedalam kotak,dia terjumpa semula surat yang pernah diberikan oleh bekas suaminya 3 bulan sebelum mereka bercerai..Terdetik dihatinya,apakah keburukannya yang ditulis oleh suaminya terhadapnya..Saat dia membaca tulisan suaminya itu,air matanya menitik..Perasaan bersalah mula menghantui dirinya..Sungguh..sungguh menyesal kerana selama dua tahun ini,hatinya tidak pernah mahu untuk memaafi lelaki ini..Dia terus terduduk dan berasa sungguh bersalah..


Tulisan yang ditulis adalah..


"Isteri abang tidak ada sebarang kelemahan..Cukup sempurna..Kesilapan abang yang tidak pernah mahu menghargai isteriku yang tersayang..Harap dapat ampunkan dosa abang ini..Harap Ina dapat datang di tempat pertama kali kita berjumpa pada hari esok..Iaitu hari ulang tahun kita bersama"






From:

0 komentar em “Terkilan Akan Perbuatan”

Posting Komentar