Warung Bebas

Rabu, 16 November 2011

Lelaki atau Wanita yang lebih EGO?

Kenapa marah2?I ada buat silap ke?"


Kelihatan tulisan mesej tersebut terpapar di screen Handphone Ina.Ya,dia memang marah.Bengang.Angry Bird.Semua benda yang melibatkan kemarahan,dia akan sama waktu dengannya.


Ina tidak membalas mesej.


"U,kenapa nie?I tanya ni"


Ina masih berdegil.Dia teringin nak tengok berapa kuatnya ego lelaki ini mampu bertahan.Dasar lelaki yang tidak tahu menepati janji.Walaupun yang dijanji hanyalah panggilan telefon tepat jam 12,yang lewat tetap lewat.Malah,pada firasatnya,mungkin Mad terlupa akan perkara itu.


Telefon berdering.


"Yaaa" Ina menjawab


"U nie kenapa?" Mad


"Kenapaa?" Ina

*silent moment


"U..." Mad


"Yaa..." Ina


"Kenapa ni?" Mad


"Kenapa apa?Mana ada apa2" Ina cuba berpura.

*silent moment semula


"Takpelah!" Mad




Telefon diletakkan secara tiba2.Ina mengamuknakmati.Bengkek.Takpe2.Kejap lagi,mesti dia akan call balik.Minta ampun minta maaf.Minta sujud kaki minta belasan.Tak mengapa.Dia sanggup tunggu untuk kemenangan itu.Dia sanggup.




Dua jam berlalu.



Tiada lagi panggilan telefon pada malam itu.Senyap sunyi tiada respon.Ina mula marah.Mad dah tak pedulikannya.Entah2 dia dah nyenyak tidur.Entah2 dia tengah main DotA.Entah2 dia tengah melepak dengan kawan dia.Mana nak peduli tentang masalah kecik ni.Wait.



"Kecik???AKU MERAJUK DIKATANYA KECIK???!!!" Ina tiba2 jadi emo.Emo bird.



Dia tekad.Taknak mempedulikan lelaki itu.Biar la dia nak buat apa.Ina menarik selimutnya sambil dalam hatinya menyimpan kemarahan yang amat sangat sebab lelaki yang dia sayang taknak pedulikannya.Tanpa sedar,air mata menitis saat mata hampir sahaja melelapkan mata.Selamat Malam Lelaki Pelupa.



Sementara itu,


Mad hanya terbaring di katil sambil matanya memandang tepat ke Handphone nya.Itu sahaja yang dilakukan.Dia sekadar menunggu.Menunggu Ina mula reda akan kemarahannya dan menelefonnya semula.Sudah dua jam begitu.Dan,mungkin berterusan sehingga jam dua atau tiga pagi.



From:

0 komentar em “Lelaki atau Wanita yang lebih EGO?”

Posting Komentar