Warung Bebas

Jumat, 25 November 2011

Kisah Si Sudin

Sudin gembira kerana akhirnya dia dapat juga berjumpa dengan ibu kepada Juliana Ebas, iaitu kekasihnya. Setelah sekian lama berpacaran dengan Juliana, belum sempat Sudin bertemu sapa dengan ibunya. Sudin pada awal perkenalan dengan Juliana memang agak takut untuk berjumpa dengan orang tua Juliana. Namun, kerana beranggapan lebih senang berjumpa dengan ibu dari berjumpa dengan ayahnya, Sudin memberanikan diri. Sudin agak bernasib baik kerana ayah Juliana tidak lagi duduk bersama dengan mereka, kerana ayahnya sedang meringkuk di penjara Iran akibat kesalahan menyeludup dadih segar.


Setelah Juliana meminta izin dan mencapai persetujuan dari ibunya, dia pun membawa Sudin ke rumahnya pada hari Khamis pada haribulan 9 bulan September, tepat pada pukul 4.15 petang. Seawal tibanya Sudin di depan rumah, dia agak kekok dan segan untuk masuk ke dalam. Maklumlah, berjumpa dengan bakal mertuanya. Juliana yang bosan menunggu Sudin yang asyik menunggu di luar akhirnya menarik dia masuk.

Seelok saja Sudin masuk melintasi daun pintu rumah Juliana, matanya terkejut melihat wajah ibu Juliana, yang masih vogue dan cantik seperti Juliana Evans walaupun usianya hampir menjangkau 40 tahun. Apa yang membeliakkan mata Sudin lagi, pakaian mereka anak beranak pada petang itu sedondon, dari atas, dalam dan bawah. Hampir 4 jam Sudin terpaku setelah melihat wajah ibu Juliana tanpa berkata apa-apa.

"Juling, (panggilan untuk anaknya) boipren hang ni nak tercegat kat depan tu saja ka? Letih aih mak dok tunggu dia duduk", luah ibu Juliana dengan loghat Utara yang sepekat Black Coffee. "Abang", Juliana bersuara kepada Sudin, "Duduklah..tak larat nak tunggu sampai 4 jam ni.."

Sudin yang dari 4 jam lepas asyik tergamam, mula meletakkan punggungnya di atas sofa rumah Juliana. Namun seelok saja dia duduk, dua beranak tersebut beredar ke dapur untuk sediakan hidangan, meninggalkan Sudin yang duduk berseorangan di ruang tamu.

Sudin yang baru 3 minit ditinggalkan di ruang tamu, bangun dan menuju ke dapur untuk membantu Juliana menyediakan hidangan.

"Sayang...meh abang tolong sayang naa", ucap Sudin sambil mencuit pinggang dari belakang. Namun dia terkejut apabila menyedari itu adalah ibu Juliana dan bertambah mengejutkan apabila Juliana sendiri menyaksikan Sudin berbuat sedemikian pada ibunya. Bagaikan kilat, pipi Sudin ditempeleng serta merta oleh ibu Juliana.

Akibat dari tempeleng itu, Sudin jatuh terduduk. Juliana yang menyaksikan tadi tidak mampu berbuat apa-apa, dan mungkin kerana marah dia tidak mengendahkan langsung Sudin. Sudin tahu dia telah bersalah, lalu dia terus berlari setempat, beredar dari rumah Juliana. Kejadian di rumah Juliana membuatkan Sudin tidak senang duduk, apatah lagi Juliana langsung tidak mahu menghubunginya, malah tidak langsung mahu membelanja Sudin satu set Happy Meal seperti selalunya.

Berasa perasaan bersalah yang membebani dirinya, Sudin membuat keputusan untuk bersemuka dengan ibu Juliana, setelah kali terakhir pada insiden tersebut iaitu 1 bulan 3 hari 14 jam yang lepas. Sudin tahu, ibu Juliana mesti merasa marah terhadapnya.

Hajat Sudin menjadi mudah, kerana seelok sampai di perkarangan rumah Juliana, ibunya sedang menjemur pakaian jadi lebih baik dia bercakap dari luar saja. Masalah akan bertambah haru ungu jika Sudin berbincang dengan ibu Juliana di dalam rumah.

Sudin memerhatikan ibu Juliana dari jauh, perasaan serba salah untuk bersemuka terbit dalam dirinya. Mahu tak mahu, Sudin akhirnya berjalan menuju ke arah ibu Juliana.

Sudin memulakan bicara dengan ibu Juliana tentang penjagaan alam sekitar, berbudi bahasa serta disusuli dengan kempen tak nak merokok. Selepas itu, Sudin bertanya pulak tentang jumlah kucing jirannya sebelum meminta maaf tentang insiden yang lepas.

"Makcik, saya nak minta maaf pasal kejadian tempoh hari, saya memang tak sengaja... Harap makcik paham ya? Jangan marah saya...?"

Sudin memerhatikan wajah ibu Juliana, terukir senyuman di bibirnya menandakan permintaan maaf tadi diterima olehnya. Ibu Juliana kemudian bersuara ;

"Makcik tak maqah pun aih, pasai makcik pun syok kat Sudin.. Malu sungguh makcik masa Sudin dok panggey sayang tu. Huhuhu."

Sudin tiba-tiba tersentak dan terus merangkak menuju kenderaannya yang diletak tidak jauh dari hadapan rumah Juliana. Setelah mendengar jawapan dari ibu Juliana, Sudin tidak lagi kelihatan selepas itu. Apa yang terjadi kepada Sudin, Rioulanz saja yang tahu...

Moral : Ish Ish Ishhhhh......

copy from:

0 komentar em “Kisah Si Sudin”

Posting Komentar